top of page

PM mahu alumni UiTM terajui bentuk pemikiran baharu Melayu

Writer: Helmi Mohd Foad
Helmi Mohd Foad
Dec 9, 2023
1 min read


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memberi mandat kepada Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) untuk menerajui ikhtiar pemikiran baharu orang Melayu.


Perdana Menteri (PM) berkata pihakya juga mendukung penuh agenda Gerakan Alumni UiTM Turun Masyarakat (GEMA) yang akan dilaksanakan oleh PAUiTM khususnya membabitkan pendidikan dan pembangunan ekonomi anak bangsa.


"Saya hargai usaha dan peranan yang dimainkan oleh Alumni UiTM khususnya dalam agenda pembangunan orang Melayu dan Bumiputera," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Beliau mengulas mengenai kunjungan pemimpin PAUiTM di pejabatnya Putrajaya semalam.

Anwar berkata beliau berbangga melihat hasil usaha UiTM sejak penubuhannya yang telah melahirkan lebih 700,000 alumni di seluruh negara sehingga kini.


"Ini adalah hasil usaha kejuruteraan sosial yang telah mengubah landskap pembangunan negara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page