top of page

PM Mahiaddin perlu berundur elak masalah lebih besar - William Leong


Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin yang telah kehilangan majoriti di Parlimen tidak mempunyai 'pilihan' untuk melanjutkan kekuasaan.


Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, sebarang alasan seperti suasana Darurat atau pandemik Covid 19 yang cuba dikemukakan oleh pihak penyokong PM tidak boleh diterima. Katanya, jika Mahiadddin tidak mahu berundur maka berkemungkinan krisis Perlembagaan akan berlaku pada waktu terdekat.


"Beliau sudah tidak mempunyai sokongan. Kita harus ingat kita mengamalkan sistem demokrasi. Ahli Parlimen perlu mengikut keputusan parti (seperti diumum Presiden Umno) kerana mereka bertanding atas tiket parti dan bukan secara individu," katanya.


Menurut William lagi, alasan bahawa Ahli-ahli Parlimen Umno masih menyokong Mahiaddin tidak boleh dipertahankan kerana sehingga kini amat sedikit sekali yang mengeluarkan kenyataan secara terbuka menyokong beliau.


Namun, katanya, secara logik setiap Ahli Parlimen itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu di atas logo Umno maka keputusan parti haruslah menjadi keputusan mereka.


"Mereka bertanding pada PRU lalu atas nama parti, jadi tidak boleh berkata melihat individu sokong atau tidak. Semua Ahli Parlimen kena ikut perutusan parti (kenyataan Zahid Hamidi).


"Jadi keputusan Umno itu jelas menunjukkan Mahiaddin sudah hilang kepercayaan dan kredibiliti, berundurlah elakkan negara menghadapi masalah yang lagi besar (krisis Perlembagaan)," katanya.


PM Mahiaddin teknikalnya tumbang pada 8 Julai lalu apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Peguam Negara kemudiannya mempertahankan PN kekal berkuasa kerana mendapat sokongan dari Ahli-ahli Parlimen. Namun tidak sampai 10 Ahli Parlimen Umno yang secara terbuka mengisytihar masih menyokong PM, sedangkan yang lainnya dianggap mengikut keputusan Majlis Tertinggi Umno meninggalkan kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page