top of page

PM Mahiaddin pengecut gantung Parlimen - Azan Ismail


Penangguhan sidang Parlimen hari ini dilihat sebagai tindakan licik kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengelak daripada berhadapan dengan Ahli-ahli Parlimen pembangkang berikutan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin diyakini telah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.


Namun, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, tindakan yang dilakukan oleh PM Mahiaddin itu dilihat pengecut serta menyalahgunakan Parlimen sebagai tempat untuk melakukan penipuan.


"Permainan kerajaan PN ini sama istilahnya dengan gantung Parlimen, ia dibuat dalam keadaan yang sangat memalukan. Mereka melakukan penipuan tahap tertinggi kononnya ada jangkitan Covid-19. Itu alasan sangat bodoh dan licik.


"Penipuan PM dan juga barisan Kabinet PN itu, kalau kita perhatikan jelas kerajaan tiada majoriti.


"Sebab itu mereka tidak berani membuktikan majoriti dalam Parlimen atau di luar. Jadi kita sekarang ini berperdana menterikan penipu dan pengecut," kata mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu kepada Suara Keadilan,


Penutupan Parlimen hari ini lanjutan peristiwa pada Khamis lalu apabila sidang ditempohkan sebanyak empat kali.


Salah satu alasan yang diguna ialah terdapat sejumlah kes positif Covid-19, yang menyaksikan semua yang berada di Parlimen dihalang daripada keluar dan diarah melakukan ujian saringan Covid-19.


Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam menggesa kerajaan PN tidak 'mengunci' Parlimen hari ini bagi membahas dan mengundi pengungkaian Ordinan Darurat sebagaimana dititah oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai lalu.


Menurut kenyataan Majlis Presiden, sekiranya alasan Covid digunakan maka tentunya Parlimen sukar untuk bersidang lagi sehingga pandemik berakhir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page