top of page

E-waste haram: Kerajaan teliti cadangan tubuh jawatankuasa kebangsaan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Menangani Sisa E-Waste Haram bagi memperkukuh pendekatan bersepadu di peringkat nasional.


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, cadangan itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Penguatkuasaan NRES Bil 1/2026, dipengerusikan Timbalan Menteri, Syed Ibrahim Syed Noh.


"Antara isu utama yang dibincangkan ialah lambakan kontena e-waste di pelabuhan, kesukaran mengenal pasti pemilik kontena dan kilang haram e-waste, kekangan pengurusan barang sitaan serta cabaran dalam proses pelupusan dan tindakan undang-undang," menurut NRES dalam satu kenyataan.


Mesyuarat turut melibatkan penyertaan agensi utama di bawah NRES termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).


Turut hadir ialah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).


Sementara itu menurut NRES, mesyuarat turut meneliti operasi penguatkuasaan seperti Ops Bongkar Kontena dan Ops Hazard, serta mencadangkan penubuhan cawangan JAS di Pelabuhan Klang, pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, dan pengukuhan pengurusan barang sitaan.


"Sebagai langkah ke hadapan, beberapa cadangan strategik telah dikenal pasti termasuk cadangan penubuhan pejabat cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Pelabuhan Klang.


"Cadangan lain ialah pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 serta pengukuhan pengurusan barang sitaan dan logistik penguatkuasaan," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page