PM Mahiaddin ada majoriti: Mungkin persembahkan sokongan palsu? - Wanita PH


Wanita Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis semalam terhadap kenyataan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin yang mendakwa beliau masih mempunyai majoriti di Parlimen.


Bagi Timbalan Ketua Wanita PH, Senator Raj Munni Sabu, dakwaan Mahiaddin tersebut tidak selari dengan tindakan 8 Ahli Parlimen Umno yang mengumumkan menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional pada 3 Ogos lalu.


"Saya bersama beberapa rakan bagi pihak Wanita PH telah membuat laporan polis terhadap Tan Sri Mahiaddin yang didakwa memperdaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong daripada segi jumlah sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau setakat ini.


"Dalam satu satu siaran sidang media di laman rasmi Tan Sri Mahiaddin bertarikh 4 Ogos 2021, yang disiar langsung sekitar jam 12.30 tengahari dan telah mendapat liputan meluas pelbagai media elektronik, beliau berkata telah mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejumlah surat akuan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan beliau beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti.


"Sedangkan angka yang beliau persembahkan itu palsu. Ini kerana, sekitar 115 Ahli-ahli Dewan Rakyat telah sepakat menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Wanita Amanah itu lagi, tidak mungkin majoriti dipegang Mahiaddin lebih 112 selepas ditolak 8 Ahli Parlimen Umno.


Katanya, dengan jumlah 107 Ahli Parlimen pembangkang sedia ada dicampur 8 Ahli Parlimen Umno maka jumlah yang menolak Mahiaddin lebih besar berbanding menyokong, daripada 220 Ahli Parlimen keseluruhan.


"Laporan polis yang kami Wanita PH buat jam 8 malam, 4 Ogos 2021 adalah untuk memohon agar Tan Sri Mahiaddin disiasat segera mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya," kata Raj Munni lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER