top of page

PM luluskan cuti dua Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 28
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan cuti dua orang Menteri.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, PM hari ini menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.


"Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri

berkenaan," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, sebarang keputusan lanjut terkait perkara berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri.


Sebelum itu, Datuk Seri Rafizi Ramli petang tadi memaklumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa pada 17 Jun 2025. Manakala beliau akan mula bercuti pada esok hari.


Manakala Nik Nazmi pula berkata beliau meletak jawatan secara rasmi pada 4 Julai 2025. Beliau bercuti sehingga 3 Julai 2025.

1 Comment


que lee
que lee
Dec 03

Subway Surfers is such a good game for both kids and adults. The hoverboards in game make the game way more fun.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page