top of page

PM lulus RM100,000 untuk Perhimpunan Agung Pengakap Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

PM Anwar berdialog dengan anak muda dalam  program Temu Anwar Pengangkap di Arena Utama di Mersing
PM Anwar berdialog dengan anak muda dalam  program Temu Anwar Pengangkap di Arena Utama di Mersing

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan khas berjumlah RM100,000 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.


Peruntukan tersebut diumumkan pada program Temu Anwar Pengangkap di Arena Utama, Tanjung Leman di Mersing pada Sabtu.


Menurutnya, peruntukan khas itu bagi menyokong dan menjayakan Perhimpunan Agung Pengangkap Johor Kali Ke 27 (PAPJ27) yang akan berlangsung sehingga Rabu depan.


"Dana akan disalurkan segera seawal Isnin ini bagi membolehkan peserta menikmati kemudahan lebih baik sepanjang program berlangsung.


"Saya tidak mahu seperti orang politik dahulu, umum pemasangan lampu jalan tetapi bertahun-tahun tidak dapat, hanya dekat pilihanraya barulah tiang dipasang, belum lampu lagi. Cara kita sekarang insya-Allah lebih telus dan segera," katanya dipetik ketika mengumumkan peruntukan itu.


PAPJ27 yang bermula hari ini hingga 17 September ini menghimpunkan lebih 4,000 pengakap dari seluruh Malaysia dan negara jiran sebagai medan memperkukuhkan disiplin, perpaduan serta persahabatan.


Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa institusi pengakap akan kekal relevan dalam membentuk generasi pelapis negara apabila dipimpin dengan nilai berteraskan kemahiran, disiplin, perpaduan dan kemanusiaan sejagat.


Namun beliau menekankan bahawa nilai manusiawi yang menjadi teras pengakap perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI).


"Institusi pengakap ini masih dan akan kekal relevan apabila dipimpin dengan nilai yang kekal sepanjang masa seperti kemahiran, disiplin, perpaduan yang disalut dengan nilai kemanusiaan sejagat.


"Saya tekankan bahawa nilai manusiawi itu juga, kini perlu bergerak seiring dengan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI) bagi mencorak masa depan generasi pelapis yang bakal memimpin negara dengan bijaksana satu hari nanti," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page