top of page

PM lulus RM10 juta tambahan bagi perkukuh agenda perpaduan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 20
  • 1 min read

DS Anwar luluskan tambahan RM10 juta untuk memperkasakan perpaduan negara. Foto: FB Anwar
DS Anwar luluskan tambahan RM10 juta untuk memperkasakan perpaduan negara. Foto: FB Anwar

Perpaduan nasional bukan hanya slogan politik, tetapi memerlukan komitmen dalam bentuk program akar umbi, pendidikan, dialog antara budaya dan sokongan kewangan berterusan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu acara di Pulau Pinang semalam berkata, kerajaan sangat menghargai usaha gigih yang telah dilaksana Kementerian Perpaduan Negara dalam menyemarakkan lagi semangat kebersamaan rakyat Malaysia.


Justeru, bagi memastikan banyak program perpaduan yang memberi impak positif kepada masyarakat berbilang kaum boleh dilaksanakan, kerajaan bersetuju memberikan peruntukan tambahan RM10 juta kepada kementerian itu.


"Memikirkan soal perpaduan dan prestasi membanggakan Kementerian Perpaduan, saya luluskan tambahan segera RM10 juta untuk memperkasakan lagi program kenegaraan," katanya dipetik ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Batu Kawan.


Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.


Sementara itu menerusi ucapannya Anwar menekankan peri pentingnya rakyat Malaysia terus menjaga keharmonian kaum demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.


"Perpaduan bukan retorik politik, ia adalah kekuatan sebenar negara ini. Jika mahu Malaysia kekal aman dan maju, semua rakyat mesti memainkan peranan menjaga keharmonian," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page