top of page

PM lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk ICQS Wang Kelian



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian di Perlis.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan mendesak untuk menyelesaikan segera isu kesesakan di pintu masuk negara.


"Mengambil kira keperluan yang mendesak, saya luluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek ICQS Wang Kelian," katanya sebagai mengulas hasil dari lawatan ringkasnya ke Perlis.


Pada lawatan itu beliau yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Perlis.


Turut hadir pada mesyuarat itu Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Perlis dan ketua jabatan serta agensi kerajaan pusat dan negeri yang terlibat.


Perbincangan selama satu jam menyentuh pelbagai isu dan keperluan pembangunan di Perlis antaranya projek Dataran Kuala Perlis, Pasar Pelancongan Kuala Perlis, pembinaan jalan bagi menghubungkan Jalan Pesisiran Pantai (R152) ke Kuala Sanglang serta penyelenggaraan gerai dan kios di seluruh negeri itu.


"Saya juga singgung potensi negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan dan bagaimana negara kita berbelanja tinggi untuk menanggung kos subsidi harga barang asas, namun harga makanan di negara kita masih lebih mahal berbanding di destinasi pelancongan negara jiran.


"Saya percaya jika ada usaha untuk mengatasi masalah ini, lebih ramai pelancong akan datang ke destinasi pelancongan di Perlis," tambah Anwar.


Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin selain ketua jabatan serta agensi kerajaan pusat dan negeri yang terlibat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page