top of page

PM lulus peruntukan segera baiki benteng pecah, bina terowong



Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera berjumlah RM6 juta bagi kerja-kerja baikpulih kerosakan bentang dan membina terowong air di Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di Pasir Mas pada Khamis Anwar berkata, peruntukan itu bagi meredakan tekanan banjir di Rantau Panjang setiap kali musim monsun.


Daripada jumlah itu jelasnya, RM2 juta bakal digunakan bagi membaik pulih benteng PLSB yang pecah ekoran peningkatan paras air Sungai Golok.


"Baki selebihnya daripada peruntukan itu akan digunakan bagi membina terowong air di dua lagi lokasi yang berbeza," jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


Turut hadir pada sidang media itu adalah Menteri Besar Kelantan. Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Pada Selasa benteng PLSB di Kampung Lanchang mengalami pecah selebar 20 meter dipercayai akibat arus deras.

Penduduk pula dilapor sudah meminta supaya lebih banyak terowong air di projek Lemba­ngan Sungai Bersepadu (PLSB) Su­ngai Golok diwujudkan bagi mengatasi masalah banjir termenung yang melanda 10 kampung setiap kali musim tengkujuh.

Selain mendakwa berdepan masalah penyakit kulit apabila terpaksa mengharungi banjir termenung setiap mahu pulang untuk melihat keadaan rumah, mereka juga terpaksa tinggal lebih lama di PPS yang menyebabkan rasa tidak selesa.


Penduduk juga menegaskan jika tiada usaha segera mengatasi isu tersebut, berkemungkinan besar lebih banyak kesulitan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page