top of page

PM lawat Kompleks Laluan Sutera Samarkand, pertemuan timur dan barat



Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari kedua lawatan rasmi di Uzbekistan dibawa menziarahi ke Kompleks Laluan Sutera Samarkand, jalan kuno perdagangan antara barat dan timur ribuan tahun lampau.


Menurut PM, delegasi Malaysia dipersembahkan kesan kesan sejarah yang masih terpelihara dan kini menjadi antara tarikan utama pelancongan di negara berkenaan.


"Saya dan delegasi Malaysia dibawa menziarahi Kompleks Laluan Sutera Samarkand yang antara lain menempatkan Kota Abadi, kawasan yang dibina mengikut seni bina kota purba. Kami turut dibawa menaiki bot untuk menyusuri terusan di sekitar Kota Abadi.


"Delegasi Malaysia turut dibawa ke Kompleks Shah-i-Zinda yang antara lain menempatkan makam Kusam ibn Abbas, sepupu Nabi Muhammad SAW yang juga antara pendakwah terawal membawa ajaran Islam ke Uzbekistan," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.


Selain itu, kata beliau, delegasi Malaysia juga dibawa menziarah Makam Amir Temur, pemerintah agung Empayar Timurid yang mencetus pembinaan negara berpusat serta mengangkat ilmu pengetahuan dan kebudayaan dikemuncak kegemilangan.


Delegasi Malaysia, kata Anwar, kagum melihat keindahan binaan makam-makam di Shah-i-Zinda dan Makam Amir Temur yang mula dibina sekitar abad ke-11 serta dipelihara dengan baik oleh Kerajaan Uzbekistan.


Persembahan unik sejarah Samarkand yang dipancarkan ke fakad madrasah

"Lewat petang, saya dan delegasi dibawa ke Registan Square yang menempatkan Ulugbek Madrasah, antara masjid terkemuka dunia dan pernah menjadi pusat pengajian saintifik terbesar di Samarkand.


"Juga sempat bertemu sapa dengan empat pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Uzbekistan," katanya lagi.


Tambah Anwar, rombongan Malaysia kemudian dipaparkan sejarah ketamadunan Uzbekistan, khususnya Samarkand yang menjadi lokasi penting dalam Laluan Sutera menerusi persembahan projektor unik yang dipancarkan ke fakad madrasah.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page