top of page

PM lancar MPBM2030, salur RM5 juta untuk Majlis Belia Malaysia



Kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi merancakkan lagi usaha memperkasakan golongan muda di negara ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata keyakinan dan kesungguhan kepimpinan Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menjayakan Negara Madani, dengan keyakinan serta sokongan padu para belia di negara ini.


"Kesungguhan pimpinan MBM, termasuk menjayakan Negara Madani dengan keyakinan dan ilmu, maka saya setuju peruntukan RM5 juta setahun. MBM istimewa kerana badan-badan yang mewakilli persatuan, kaum, agama boleh menyatukan para belia dengan semangat perpaduan.


"MBM penting dalam menyelamatkan negara kita dalam membina kekuatan baru," katanya dalam ucapan di Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2023 bertemakan 'Ini Masa Kita' di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson pada Ahad yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh Tseow Suan.


Mengulas lanjut, Anwar berkata MBM perlu memperincikan laporan mengenai hala tuju, menerusi peruntukan yang diumumkan itu.


Dalam tempoh sebulan tegasnya MBM perlu memberikan laporan mengenai rancangan pertubuhan itu bagi menambah keanggotaan para belia.


"Keduanya memastikan penyertaan wanita di semua peringkat termasuk pimpinan MBM, bermula dengan penyertaan 30 peratus, dan ketiganya memperhebatkan program, ekonomi, latihan serta kebajikan termasuk kesedaran belia dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam negara ini," tambah Presiden KEADILAN itu lagi.


Sementara itu, Anwar berkata beliau akan membawa cadangan berkaitan program latihan di institut latihan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ke peringkat jemaah menteri untuk diluluskan dalam masa terdekat.


Dalam masa sama beliau turut menyeru syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Petronas supaya dilibatkan dalam program latihan belia yang memberikan tumpuan dalam aspek kepemimpinan.


"Saya akan bawa untuk pertimbangan jemaah menteri dalam masa terdekat supaya agensi-agensi terlibat, baik Perkeso, Khazanah, Petronas; untuk turut terlibat dalam program latihan di institut latihan belia di bawah KBS," katanya.


Pada majlis itu juga Anwar turut melancarkan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia, dan selari dengan dasar nasional terkini di majlis hari ini.


MPBM2030 dibangunkan berdasarkan aspirasi golongan belia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 memberikan penekanan kepada empat teras, 11 objektif, 14 strategi dan 39 inisiatif bagi melahirkan warganegara belia yang dinamik, kompeten, berdaya saing dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa kini serta perubahan masa hadapan.

"Anak muda sekarang mesti sedar bahawa masa depan mereka tentukan, dengan syarat mereka mempunyai komitmen, sikap mahu menimba ilmu dan menolak kemungkaran, tolak rasuah dan kezaliman dan angkat martabat rakyat," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page