top of page

PM lancar Inisiatif Digital untuk Pendidikan Islam

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2d
  • 1 min read
DS Anwar melancarkan Inisiatif Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam di Permatang Pauh
DS Anwar melancarkan Inisiatif Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam di Permatang Pauh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Inisiatif Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam (IPI).


Inisiatif yang dijayakan bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu digerakkan bagi memberi peluang kepada pelajar pondok dan madrasah mempelajari kemahiran digital selari dengan perkembangan dunia masa kini.


"Inisiatif itu bertujuan memastikan anak-anak pondok yang menguasai tradisi ilmu agama turut diperlengkap dengan kemahiran yang relevan dengan perkembangan dunia masa kini," kata Perdana Menteri dalam kenyataan di Facebook.


Hantaran itu menyusul Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi di Permatang Pauh dihadirinya pada Sabtu.


Masjid tersebut dibina hasil kerjasama serta sumbangan ahli kariah, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


"Pembinaan masjid ini adalah manifestasi usaha membangun dan mengimarahkan masjid adalah tanggungjawab bersama masyarakat dan pemerintah, seperti yang dianjurkan dalam al-Quran," jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menghargai pengenalan program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di masjid berkenaan sebagai usaha merancakkan penglibatan anak muda dengan institusi dengan menjadikannya bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga pusat ilmu, pembinaan sahsiah dan kegiatan masyarakat

"Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja sedaya mungkin dalam menangani cabaran semasa dan memastikan negara kekal aman agar rakyat dapat terus menikmati manfaat pembangunan dan kemajuan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page