top of page

PM laksana ibadah umrah di Mekah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 22, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menjalani ibadah umrah pada petang ini.


Beliau bersama rombongan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah tengah hari tadi waktu Malaysia terus ke Mekah untuk melaksanakan ibadah umrah.


"Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi.


"Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, inshaAllah," katanya dalam muatnaik terbaharu di Facebook.


DS Anwar dan degelasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah

Anwar diundang oleh kerajaan Arab Saudi melawat negara itu pada awal bulan suci Ramadan.


Turut serta dalam rombongan beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan setiausaha politik serta beberapa pegawai dari Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page