top of page

PM kritik perdagangan global abai kepentingan negara-negara kecil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 16
  • 1 min read

PM DS Anwar memberi ucapan selepas dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh MGIMO
PM DS Anwar memberi ucapan selepas dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh MGIMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik tindakan unilateral oleh sesetengah kuasa besar dunia yang menurutnya menunjukkan keangkuhan serta mengabaikan kepentingan negara-negara kecil, terutamanya di ASEAN.


Menerusi syarahan umum bertajuk "ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia" di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) pada Khamis, Anwar menegaskan bahawa peningkatan dasar perlindungan oleh negara ekonomi besar adalah bertentangan dengan prinsip perdagangan bebas.


Langkah unilateral oleh kuasa besar tegasnya, berpotensi mengancam sistem perdagangan global secara keseluruhan.


"Bayangkan pada tahun 2025, walaupun kita mempunyai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan pelbagai aturan perdagangan pelbagai hala, kita masih berdepan dengan peningkatan dasar perlindungan, pengenaan tarif dan sekatan unilateral.


"Apabila membicarakan tentang hubungan dua hala, ia bukan sahaja mengenai politik dan diplomasi tetapi juga melibatkan perdagangan, pelaburan dan kerjasama industri dan nilai kemanusiaan yang tidak boleh diabaikan


"Kita tidak percaya kepada unilateralisme. Kita perlu tunjukkan bahawa setiap komuniti, setiap negara, besar atau kecil, kaya atau miskin, mesti diberikan penghormatan dan pengiktirafan yang sewajarnya," kata Anwar dipetik.


Ketika menghadiri syarahan umum itu, Anwar turut dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh MGIMO – sebuah institusi diplomatik terkemuka di Russia.


Ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam mempromosikan keamanan global dan memperkukuh kerjasama antarabangsa.


Untuk rekod, Anwar kini berada di Rusia bagi lawatan rasmi empat hari atas jemputan Presiden Vladimir Putin.


Selain pertemuan rasmi bersama Presiden Putin, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.


Anwar juga dijadualkan menyertai Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia-Dunia Islam dan menyampaikan ucaptama di sesi pleno Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam ke-16 di Kazan.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page