top of page

PM kongsi logo Malaysia Madani



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan logo Malaysia Madani di laman sosialnya semalam.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan itu, logo tersebut mempunyai reka bentuk seakan tapak tangan dan ia diasaskan daripada empat warna Jalur Gemilang.


Empat warna yang digunakan untuk logo berkenaan iaitu biru, melambangkan kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, jati diri dan keazaman); kuning (nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan; manakala putih (keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni).


Melalui perincian dalam hantaran itu, lima jari dengan jalur merah putih yang ditonjolkan dalam logo tersebut merupakan simbolisme kepada Rukun Negara yang merupakan asas ideologi Malaysia.


Manakala bulatan “tapak tangan” berwarna biru pula adalah mewakili semangat kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Bulan sabit pula simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan dijadikan salah satu elemen logo itu, selain bintang berbucu 14 yang melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.


Pada 19 Januari lalu, Anwar melancarkan konsep Malaysia Madani sebagai panduan dan ikhtiar secara bersepadu serta holistik bagi mentadbiran yang lebih manusiawi.


Malaysia Madani berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan


Ia bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban juga sebagai kerangka pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan.


"Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya," katanya Anwar dalam hantaran tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page