top of page

PM komited Malaysia jayakan rundingan damai Selatan Thailand

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 4, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Malaysia untuk membantu menyegerakan Proses Dialog Damai di Selatan Thailand.


Bercakap pada satu sidang media bersempena lawatan kerja ke sempadan Rantau Panjang dan Sungai Golok pada Sabtu Anwar berkata, cadangan berkaitan usaha itu diserah kepada Thailand dan masyarakat Islam di negara itu manakala Malaysia sebagai fasilitator akan bertindak sebagai pemangkin usaha berkenaan.


"Isu kedamaian di Selatan Thailand ialah isu domestik Thailand, perlu jelas, bukan isu Malaysia.


"Tetapi oleh sebab hubungan baik kita dengan Thailand, kita bekerjasama supaya mendukung usaha damai secara berkesan


"Kita sudah memberi komitmen apa sahaja yang perlu sama ada dari segi ekonomi, keselamatan dan sebagainya," katanya dipetik.


Anwar pada lawatan itu turut bertemu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin bagi menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu-isu sempadan serta sosioekonomi kedua-dua negara.


Lawatan Anwar disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Nik Nazmi Nik Ahmad.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page