top of page

PM kecam serangan pengganas di Iran, korban ratusan nyawa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 4, 2024
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk serangan pengganas ke atas orang awam di Iran yang mengorbankan ratusan nyawa.


Serangan yang berlaku di Wilayah Kerman dalam upacara memperingati kematian Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat itu dilaporkan setakat ini telah mengorbankan 95 nyawa.


"Amat menyedihkan tatkala beberapa bom dilaporkan meledak di Wilayah Kerman berdekatan Iran semalam.


"Ia telah merenggut hampir seratus nyawa yang tidak berdosa dan telah mencederakan lebih dua ratus yang lain. Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa," katanya dalam kenyataan.


Tegas PM, dunia telah menyaksikan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin yang mengorbankan 22,000 nyawa sepanjang 3 bulan.


Juga, katanya, keganasan Israel di Lubnan yang menyebabkan orang awam terbunuh dengan alasan menyerang pejuang Hisbollah.


Oleh itu, serangan di Iran amat mengejutkan dan meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.


"Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat Republik Islam Iran dan warganya, dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan.


"Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat," katanya lagi.


Serangan di Iran berlaku berhampiran pemakanan Jeneral Qassem Soleimani yang terbunuh pada 2020.


Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab biar pun menurut sumber serangan berkemungkinan dilakukan oleh Islamic State.


Berdasarkan angka terbaharu, 95 terbunuh 211 yang lain cedera dalam dua letupan tersebut.


Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page