top of page

PM kecam serangan Israel ke atas al Aqsa, solidariti bersama Palestin



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk keras serangan pasukan keselamatan Israel ke atas umat Islam Palestin di Masjid al Aqsa semalam.


Beliau dilapor Bernama, menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan tersebut yang mengakibatkan 7 mangsa cedera parah dan ratusan yang lain cedera ringan.


Anwar juga menyifatkan serangan berkenaan sebagai jenayah keji dan mahu kira kira 350 tahanan Palestin dalam peristiwa semalam dibebaskan segera.


"Malaysia terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam," kata Anwar dipetik.


Semalam, pasukan keselamatan Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk malam kedua berturut-turut dan menyerang jemaah Palestin.


Tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 jemaah.


Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan hari ini dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.



0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page