top of page

PM ke 9 mahu berdolak-dalik isu Undi Percaya?



Kenyataan Peguam Negara bahawa usul Undi Percaya di Dewan Rakyat seolah-olah mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal melantik Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan ahli politik serta rakyat Malaysia secara amnya.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, kenyataan Peguam Negara itu mungkin akan dijadikan alasan oleh PM Ismail Sabri untuk berdolak dalik mengenai pembentangan Undi Percaya di Parlimen selepas ini.


Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Ledang berkata, tidak mustahil isu keabsahan PM Ismail ini akan sama teruknya dengan bekas PM Mahiaddin Yassin, yang sehingga lebih setahun masih tergantung tanpa Undi Percaya dilaksanakan.


"Peguam Negara seolah-olah mahu menjustifikasi atau memberi jalan keluar kepada PM supaya tidak perlu bawa usul Undi Percaya, sedangkan titah yang Di-Pertuan Agong sangat jelas. Apakah PM baru juga mahu berdolak dalik dengan titah Tuanku?" tanyanya.


Tegas Syed Ibrahim, di dalam Perlembagaan Persekutuan memang tidak disebut berkenaan Undi Percaya secara bertulis. Namun katanya, hal itu telah diamalkan dalam tradisi pentadbiran Malaysia oleh pendahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi yang mengabsahkan sokongan di Dewan Rakyat kerana mereka tidak mendapat kuasa melalui pilihan raya umum.


"Mungkin dari sudut Perlembagaan apa yang dinyatakan Peguam Negara itu benar tetapi langkah yang berani dan terbaik untuk mengelakkan apa juga pertikaian ialah dengan melakukan undi percaya," katanya kepada Suara Keadilan.


Usul Undi Percaya menjadi perdebatan hangat pemerhati politik apabila Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang memberitahu media jadual sesi Parlimen bermula 13 September ini tidak menetapkan tarikh usul berkenaan.


Sedangkan bagi Ahli Parlimen Pakatan Harapan, usul tersebut penting kerana telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebarang percubaan untuk tidak melaksanakannya akan menyebabkan PM Ismail Sabri dianggap derhaka dan hubungan dengan Istana Negara akan bermasalah sebagaimana bekas PM Mahiaddn Yassin sebelum ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page