top of page

PM ke 10: Anwar yakin sokongan mencukupi, lepasi majoriti mudah



Spekulasi perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10 di antara calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin bertiup kencang.


Petang ini Anwar menolak kenyataan bahawa Muhyiddin telah mendapat cukup sokongan untuk diangkat sebagai PM 10.


Beliau tegas menyatakan memiliki sokongan yang telah melepasi 111 kerusi sebagai PM yang sah.


"Tentang jumlah saya buat kenyataan semalam, saya berpandukan kepada apa yang kita capai selama ini.


"Kita lihat kerana proses itu telah diminta melalui Yang di-Pertuan Agong dan Speaker (Dewan Rakyat)," katanya dipetik Astro Awani, malam ini.


Anwar berkata semua dokumen telah dihantar mengikut peraturan yang dinyatakan sebagaimana yang dinyatakan.


Beliau menyerahkan kepada pihak yang akan bersama membentuk kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan sokongan.


"Saya mahu ia dibuat dengan teratur. Biar mereka keluarkan kenyataan mereka tetapi saya gembira kerana kita telah selesaikan ini. Dengan tahap sokongan saya yakin InshaAllah saya akan diberi peluang untuk memimpin negara ini," katanya.


Ditanya buat kali kedua sejak sidang media malam tadi, pihak mana yang akan bersama PH membentuk kerajaan Anwar tetap mengatakan sokongan telah cukup dan media perlu bersabar sehingga esok.


"Sejak semalam dah cukup. Biar parti berkenaan akan keluarkan kenyataan," katanya.


Dalam pada itu, Umno BN satu satunya pihak yang masih belum mengeluarkan kenyataan untuk menyokong pihak mana selepas Gabungan Parti Sarawak menyatakan akan menyokong PN dan Gabungan Rakyat Sabah diberitahu oleh Tan Sri Muhyiddin akan menyokong PN.


Kenyataan yang keluar dari Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat tergempar parti itu lebih menekankan kuasa penuh beliau untuk membuat keputusan gabungan mana yang akan disokong dan mana mana Ahli Parlimen yang menentang boleh dikenakan tindakan tatatertib.


0 comments

Recent Posts

See All

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page