top of page

PM ke 10: Anwar mendahului 5 calon lain



Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 esok, kajian menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di hadapan sebagai pilihan utama rakyat Malaysia untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10.


Kajian yang dibentangkan oleh Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman itu mendapati Anwar mendahului senarai berbanding calon calon lain.


"Datuk Seri Anwar mendahului kedudukan sebanyak 29.6% melebihi tokoh-tokoh lain. Dapatan ini adalah hasil Survei Mood Rakyat Malaysia Menjelang PRU15 yang dijalankan oleh IDE bermula pada 21 – 28 Oktober 2022, melibatkan 2,423 responden seluruh parlimen Semenanjung Malaysia


"Tempat kedua adalah Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan Perdana Menteri sementara dengan peratusan, 25.9% mendahului Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Dr Redzuan dalam satu kenyataan.



Dapatan kajian seterusnya adalah mengenai keterujaan rakyat Malaysia untuk membuang undi pada PRU 15 yang mencapai 81% di Semenanjung, berbanding peratusan rendah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor sebelum ini.


Hal itu, kata Redzuan, akan memberi keputusan berbeza dengan mengambil kira mood keluar mengundi yang dikaji pada PRU 2018 lalu, iaitu pada 80% tetapi yang keluar mengundi 83% dan mempengaruhi keputusan PRU 14.


Dalam tinjauan kajian, kata beliau, masih terdapat sejumlah besar pengundi Atas Pagar yang belum membuat keputusan.


Hal itu katanya akan menjadi sangat menarik kerana parti parti yang bertanding akan berkempen untuk meraih sokongan golongan berkenaan.


"Survei yang dijalankan oleh IDE mendapati 29.2% pengundi masih belum membuat keputusan untuk memilih parti yang akan diundi dalam PRU 15 pada 19 November 2022 akan datang.


"Oleh itu, golongan ini adalah golongan ‘atas pagar’ yang mengundi berdasarkan sentimen, isu, calon dan perkembangan politik semasa. Golongan ini tidak terikat sebagai pengundi tegar parti dan kewujudan golongan ini amat besar dalam PRU kali ini. Golongan ini akan menjadi penentu, khususnya dalam pertandingan sengit 3 penjuru atau lebih," katanya.



Selain itu, IDE juga mendapati satu kelompok yang menegaskan mereka hanya akan membuat keputusan pada hari mengundi. Kelompok tersebut mewakili 19% dan trend tersebut agak tinggi berbanding dalam siri PRU sebelum ini.


"Generasi muda khususnya golongan Undi 18 dan pengundi 30 tahun ke bawah adalah majoriti pengundi yang kebanyakannya membuat keputusan seminggu sebelum pengundian (11.1%) dan pada hari pengundian (19.0%)," katanya lagi.


Kajian berkenaan dilakukan oleh IDE bermula pada 21 – 28 Oktober 2022, melibatkan 2,423 responden dari 165 parlimen di Semenanjung Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page