top of page

PM junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 31, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Abd Rahman


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.


"Merafak Sembah Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku Sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

"Moga Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat diraja diberi keafiatan dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku!," menurut catatan itu.


Al-Sultan Abdullah menamatkan penggal pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Selasa dan bakal diganti Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula hari ini.


Keprihatinan dan kasih sayang ditunjukkan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap rakyat sering mencuri perhatian.


Anwar pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 baru-baru ini menyifatkan tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai satu lembaran sejarah yang baharu dan unik dalam mendepani pelbagai cabaran.

Ehsan kebijaksanaan Al-Sultan telah mampu mengemudi negara dalam saat-saat getir.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page