top of page

PM jamin kerjasama Putrajaya - Kerajaan Negeri Sembilan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus memberi sokongan dan bekerjasama dengan kerajaan baharu Negeri Sembilan.


Menerusi satu kenyataan beliau berkata,langkah itu demi memastikan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat negeri itu.


"Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya," katanya dalam kenyataan.


Dalam kenyataan sama Anwar turut mengucapkan tahniah kepada BN atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu.


"Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.


"Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, Pakatan Harapan telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page