top of page

PM, isteri hadir Jamuan Teh Diraja



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail petang tadi menghadiri Jamuan Teh Diraja di Istana Negara.


Majlis tersebut merupakan jamuan perpisahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang akan berangkat kembali ke Pahang pada hujung bulan ini.


"Bersama Azizah menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara petang ini.


"Majlis turut dihadiri mantan-mantan Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Duta-Duta Asing, dan Pegawai Tertinggi Kerajaan.


"Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berkenan meluangkan (masa) bersalaman dan beramah mesra bersama tetamu jemputan.


"Daulat Tuanku," kata Datuk Seri Anwar dalam catatan di Facebooknya.



Turut hadi dalam majlis berkenaan adalah Timbalan PM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.


Majlis berkenaan dihadiri 2,500 tetamu sebagai majlis perpisahan sempena tamat pemerintahan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 16.


Baginda akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan naik takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 17 bermula 31 Januari ini.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page