PM, isteri diraikan dalam majlis makan malam, lagu Azizah berkumandang
- Suara Keadilan
- 3 hours ago
- 2 min read

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia semalam diraikan oleh Presiden Republik Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan dan isteri, Emine Erdoğan dalam Majlis Makan Malam Rasmi yang berlangsung dalam suasana penuh keindahan, kehangatan serta kemuliaan persahabatan.
Menurut Anwar, majlis berkenaan mencerminkan hubungan erat dan persahabatan tulen yang terjalin kukuh antara Malaysia dan Türkiye.
"Saya dan Azizah, bersama delegasi Malaysia, berbesar hati diraikan oleh Presiden ErdoÄŸan dan isteri, Emine ErdoÄŸan, dalam Majlis Makan Malam Rasmi yang berlangsung dengan penuh keindahan, kehangatan dan kemuliaan persahabatan," katanya dalam muat naik di media sosial.
Sebagai kejutan lagu seniman Agung, Tan Sri P Ramlee turut dinyanyikan oleh kumpulan okestra yang mengiburkan tetamu negara pada malam itu.
Lagu Azizah telah menjadi catatan indah dan penguat semangat juang di sela sela keperitan hidup melewati pemenjaraan Anwar kali pertama di bawah ISA pada 1974 dan kedua (kospirasi politik) pada 1998.

Justeru PM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden ErdoÄŸan, keluarga serta rakan-rakan di Ankara atas layanan luar biasa yang diberikan kepada delegasi Malaysia.
"Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya zahirkan kepada Presiden ErdoÄŸan dan keluarga serta teman-teman di Ankara atas layanan yang cukup luar biasa, penuh keikhlasan dan persaudaraan," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mendoakan kesejahteraan Presiden Erdoğan, Emine Erdoğan serta keluarga agar sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui kepimpinan negara Türkiye.
"Saya mendoakan agar Presiden Erdoğan, Emine dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin Türkiye ke arah keamanan, kemakmuran dan keadilan yang berterusan demi kesejahteraan rakyat dan dunia Islam seluruhnya," katanya.
Majlis makan malam rasmi tersebut dilihat sebagai simbol hubungan diplomatik yang erat serta komitmen bersama Malaysia dan Türkiye dalam memperkukuh kerjasama dua hala dan persahabatan strategik di peringkat antarabangsa.





