top of page

PM Ismail janji RM11 juta tukar lif, setelah setengah tahun lif di Sri Perak masih uzur



Janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada penduduk Perumahan Awam Sri Perak untuk menukar kesemua lif yang telah uzur di perumahan itu disambut baik oleh penduduk pada Oktober tahun lalu.


Namun janji tinggal janji apabila tahun 2022 bergerak hingga ke bulan April, satu lif pun tidak ditukar baharu.


Menurut Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, PM seharusnya lebih bertanggungjawab menunaikan janjinya yang dibuat pada bulan bulan awal memegang jawatan dahulu.


"Saya berada di blok 29 bersama penduduk. Saya merujuk kepada kenyataan yang diberikan oleh PM Ismail Sabri pada 16 Oktober 2021.


"Beliau hadir ke proram di kawasan ini, di Sri Perak yang selalu mengalami masalah lif uzur. Beliau telah mengumumkan RM11.6 juta untuk baiki lif di Sri Perak. Keseluruhan RM127 juta di perumahan awam dan juga PPR di Kuala Lumpur.


"Di sini ada 14 lif, ada 7,000 penduduk yang tinggal. Pada tahun lepas memang saya berterima kasih kepada PM dan beliau kata projek akan bermula awal tahun ini.


"Namun saya rasa belum lagi nampak mana mana lif telah pun ditukar. Atau belum merasa lif baru di perumahan awam ini atau yang lain," katanya dalam sidnag media pagi ini.


Prabakaran berkata, masalah rakyat marhaen tidak sepatutnya ditangguhkan penyelesaiannya sehingga menyukarkan kehidupan seharian mereka.


Apabila lif rosak, menurut Praba, panduduk di situ terpaksa menggunakan tangga dan amat menyulitkan bagi golongan tua atau kurang upaya.


"Saya bertanya PM bilakah projek lif baru ini akan dimulakan atau bila penduduk akan dapat lif baru? Masalah lif jika tak tinggal di flat tak tahu.


"Apabila lif rosak semua penduduk akan guna tangga. Saya pernah jumpa warga emas dengan kerusi roda, orang terpaksa naikkan (angkat beliau). Itu berlaku di flat Sri Kelantan.


"Macam Sri Perak senggaraan di bawah pengurusan penuh DBKL. Ada perumahan awam lain, DBKL serah pengurusan kepada JMB. Apabila serah pengurusan, kadang kadang JMB tak cukup dana mengurus kerana gagal buat kutipan penyelenggaraan.


Praba menunjukkan kerosakan kepada lif di Sri Perak

"Contoh di Sri Kelantan satu rumah kutip RM40. Sebab ada penduduk yang miskin mereka gagal buat bayaran. Bila gagal bayar maka tidak cukup duit untuk JMB menguruskan.


"Balik kepada pengumuman PM, beliau kena jawab bilakah peruntukan akan turun dan projek akan ditenderkan. Bila penduduk dapat lif baru? Syarikat mana yang dapat dan untuk berapa tahun lif akan berfungsi? Begitu juga alat ganti, adakah bersekali dengan alat ganti," katanya.


Prabakaran juga mengalu alukan sekiranya PM mahu melawat sekali kali ke kawasan perumahan tersebut bagi mengingatkan semula janji janji beliau pada tahun lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page