Pemahaman rakyat ke atas Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diubah kepada pilihan raya melantik Perdana Menteri (PM) kerana hanya 3 Dewan Undangan Negeri yang dibubarkan.
Rakyat seharusnya memfokuskan pilihan mereka kepada 3 calon PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN) dan Tan Sri Mahiaddin Yassin (PN).
Hal itu diungkapkan oleh calon Ahli Parlimen PH Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ceramah di Court Keranjang Jalan 19, Selayang Baru malam tadi.
"PH kita cadang Datuk Seri Anwar, BN cadang Ismail Sabri dan PN Mahiaddin Yassin. Ismail dan Mahiaddin dua dua PM gagal. Mahiaddin dibuat (dijatuhkan) oleh kawannya Umno. Naik Ismail Sabri, Presiden Umno Zahid push buat pilihan raya.
"Ismail waktu jumpa saya dia kata kita buat tahun depan, saya kata ok semua Kerajaan Negeri buat sekali.
"Tiba tiba dia bubar parlimen sebab dia kena kawal oleh Zahid yang ada lebih 40 kes penyelewengan.
"Orang ini buat pilihan raya kerana takut kena dakwa. Kita tidak boleh pilih mereka sebagai pemimpin," katanya.
Selain itu, Naib Presiden KEADILAN itu juga kesal terhadap kerajaan BN yang tidak mengindahkan desakan rakyat agar tidak membubarkan parlimen pada musim tengkujuh kerana rakyat terpaksa mengharung banjir untuk mengundi.
"Mereka buat pilihan raya ini tergesa gesa. Kita kata jangan buat nanti banjir, susah. Mereka ingat kalau banjir rakyat akan susah turun mengundi.
"Orang ini masa nak minta undi pun dia buat rakyat susah. Kita kena hukum mereka dengan beri mereka undi paling sedikit
"Kemudian mereka kata Selangor sahaja banjir. Hari ini Pulau Pinang, Johor sudah banjir.
"Rakyat kena tunjuk kuasa kita pada 19 November. Hanya perlu pangkah PH tanda kita tolak BN - PN," katanya.
Bagi PH misi utama kali ini adalah menolak 2P dan Amirudin mahu pengundi membantu calon calon PH untuk meanng.
"Misi kita mahu hapuskan 2P. Apa itu P? Satu pengkhianat dan kedua adalah perompak kleptokrat," katanya.
Beliau turut membangkitkan keupayaan Selangor menyediakan skim insurans percuma buat rakyat negeri itu dan skim yang sama tidak mustahil boleh dilakukan di peringkat Persekutuan.
"Baru bari ini kita buat program Insan, insurans untuk rakyat Selangor umur sebulan sampai umur 80 tahun ada perlindungan insurans kalau meninggal akibat kemalangan dapat RM10,000 pampasan bagi keluarga untuk 6 juta rakyat Selangor. Belum ada negeri BN atau PN yang boleh buat seperti ini.
"Kita ambil 14 tahun baru boleh buat sebab bajet negeri RM2 bilion sahaja. Bajet Persekutuan lebih besar dan kita boleh usahakan," katanya.
Comments