top of page

PM ingatkan organisasi agar telus urus dana derma

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 18, 2024
1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu tampil menegaskan perlunya bersikap telus dalam mengurus sebarang dana derma.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi atau pertubuhan perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan.

Mengulas lanjut Anwar berkata, pentadbiran beliau sentiasa menekankan ketulusan dalam soal pengurusan kewangan bagi mengelakkan ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.


"Itu sebabnya, dalam soal pengurusan tatakelola, kena teliti, kerana kita kutip derma, (contohnya) buat sekolah maahad tahfiz, kena ada peraturan, kalau tidak, dia kutip itu kemudian baiki rumah, sebab itu kita kena ikut peraturan.


"Sebab itu kita cadangkan semua derma-derma ini ikut saluran dan kita minta supaya diteliti jumlahnya dan apa dibeli dan berapa banyak diserahkan, perlu ada ketelusan," katanya.


Anwar berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog sempena Majlis Perasmian Penutupan Pemukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Komunikasi Korporat di Kuala Lumpur.


Pada program itu Anwar menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan peserta yang terdiri daripada setiausaha akhbar kepada menteri-menteri dan warga komunikasi korporat meliputi pelbagai topik dan isu semasa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page