top of page

PM hulur sumbangan kepada seniwati Safiah Ibrahim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghulurkan sumbangan kepada Seniwati Negara Safiah atau Sophia Ibrahim, 75, yang dikhabarkan mengalami penyakit katarak mata sehingga mengganggu fungsi penglihatan beliau.


Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya.


"Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.


"Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan," katanya.


ree
Khatijah Ibrahim turut hadir menerima tetamu Setiausaha Politik PM dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

Perdana Menteri turut berharap pembedahan Safiah yang berlakon dalam filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjalan lancar dan segera diberi kesembuhan.


Turut hadir semalam, adik Safiah yang juga artis terkenal Khadijah Ibrahim; Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez serta Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page