top of page

PM hubungi Presiden Mesir, bincang pembangunan semula Gaza

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 15
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi bagi berbincang mengenai perkembangan terkini isu kemanusiaan dan usaha pembangunan semula Gaza.


Pada perbincangan itu beliau telah mengulangi pendirian Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin terutama membabitkan bantuan kemanusian dan perubatan serta pembangunan semula, di samping tekal menyokong perjuangan menuntut keadilan buat Palestin.

"Alhamdulillah saya dan Presiden El-Sisi senada dalam pendirian menolak usaha menghalau rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.


"Langkah ini bakal memberi dampak buruk terhadap usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.


"Saya turut zahirkan penghargaan terhadap pendirian Presiden El-Sisi dan Kerajaan Mesir yang terus menghulurkan bantuan dan mempermudahkan usaha Malaysia menyampaikan sumbangan dan perubatan terhadap rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan serta kekejaman genosid rejim Zionis Israel," katanya menerusi perkongsian media sosial malam tadi.


Anwar sementara itu memberitahu, Presiden El-Sisi menyatakan sokongan terhadap usaha digerakkan Jepun dan Malaysia untuk membangunkan semula Gaza dengan pembinaan infrastruktur termasuk sekolah, rumah sakit dan masjid menerusi inisiatif Kerjasama Asia Timur Untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).


Kedua-dua mereka turut sempat bicarakan soal hubungan dua hala Malaysia-Mesir dan sekali lagi mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan kedua-dua negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page