PM hargai sokongan BN, GPS, GRS mantapkan Kerajaan Perpaduan
- Akmal Manaf

- 6 hours ago
- 1 min read

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan terhadap komitmen yang ditunjukkan parti-parti komponen dalam Kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang terus kekal menyokong serta bersama Kerajaan Perpaduan.
Perkara tersebut disampaikan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.
Fahmi berkata, komitmen berkenaan mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara sekali gus membolehkan kerajaan memberikan tumpuan penuh kepada usaha untuk menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
"PM (Anwar) turut menzahirkan penghargaan terhadap penganjuran sambutan-sambutan Hari Belia serta Hari Guru dan pelbagai acara rasmi kerajaan yang kini dilaksana secara lebih sederhana tanpa menjejaskan objektif dan pengisian program.
"Pendekatan kesederhanaan ini penting dalam memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemah dan berfokus selaras dengan usaha mengutamakan kebajikan rakyat serta keperluan semasa negara," katanya lagi.




Comments