AMK Johor susun semula kepimpinan, perkukuh jentera hadapi PRU16


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengumumkan penstrukturan semula jawatankuasa negeri itu bagi memperkukuh jentera parti, memperhebat gerak kerja akar umbi serta meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Ketua AMK Johor, Muhammad Faezudin Mohd Puad (gambar) berkata, penstrukturan berkenaan merupakan langkah untuk memastikan gerak kerja organisasi terus diperkasa bagi menghadapi cabaran politik akan datang.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan kepimpinan yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dalam jawatankuasa baharu itu.
"Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada seluruh barisan kepimpinan yang diberikan kepercayaan.
"Jawatan bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya amanah yang mesti diterjemahkan melalui khidmat kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Muhammad Faezudin berkata, penstrukturan itu juga menekankan kepentingan memperkukuh kerja di peringkat akar umbi supaya hubungan dengan rakyat terus dipelihara.
Barisan kepimpinan AMK Johor seperti berikut:
Ketua
Muhammad Faezudin Mohd Puad
Timbalan Ketua dan Pengarah Pilihanraya
Lee En Xiang
Naib Naib Ketua
Ambok Ahmad Jufri Yusupah
Woon Wai King
Venissha Nirel John Kennedy
Setiausaha
Muhammad Nor Aiman Mansor
Penolong Setiausaha
Nur Jannah Zarina Zailan
Bendahari
Muhammad Yuzri Amirul Yusoff
Ketua Penerangan
Mohamad Faezal Muktar
Setiausaha Pengelola
Mohamed Ghazali Mohamed
Penolong
Mohamad Hafiz Mansor
Pengarah Komunikasi
Hami Astari Ab Halim
Pengarah Strategi
Mohd Farhan Zulkefly Balan
Senarai Biro:
Biro Budaya dan Seni
Sharwin A/L Subramani
Biro Disiplin
Ambok Ahmad Jufri Yusupah
Biro Guaman dan Aduan Awam
Woon Wai King
Biro Wanita Muda dan Perpaduan
Venissha Nirel John Kennedy
Biro Media Baru
Kiran Raj A/L Sathivel
Biro kebajikan dan kemasyarakatan
Muhamad Amirul Shafiq Amran
Biro Kesihatan Awam
Navinraj A/L Krishnan
Biro Kajian Dasar dan Manifesto
Ahmad Ihsan Mohd Arif
Ketua Skuad
Jega Theparan A/L Raja Gobar
Biro Profesional Muda
Muhammad Faris Akmal Fathun Nizam
Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama
Muhamad Hami Rifa'ie Ramli
Biro Pendidikan dan Mahasiswa
Danish Hossman Abd Rahman
Biro Pembangunan Luar Bandar, Perubahan Iklim dan Kelestarian Alam
Ain Nur Shaddiq Zabidie
Biro Belia dan Sukan
Mohamed Luqfi Hendriq
Biro Ekonomi, Usahawan dan Hubungan Antarabangsa
Joseph Ng Jia Chien
Biro Latihan dan Pengkaderan
Syed Fadzil Al Habsi Syed Ismail
Biro Sukarelawan dan NGO
Muhamad Iddin Juarini
Biro Pemerkasaan OKU
Feizy Raihan Kamal
Biro Mobilisasi
Muhammad Adib Zikri Mohd Ali




Comments