top of page

PM hargai dedikasi wartawan kepada masyarakat, negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

PM Anwar mesra bersama wartawan pada pra Sidang Kemuncak ASEAN. Foto: FB Anwar
PM Anwar mesra bersama wartawan pada pra Sidang Kemuncak ASEAN. Foto: FB Anwar

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan wartawan yang sentiasa berusaha memastikan maklumat seimbang dan berwibawa.


Menurutnya, dalam era ledakan maklumat dan penularan berita palsu yang semakin mencabar, wartawan memainkan peranan besar mendukung kebenaran apabila tidak sekadar menyampaikan berita semata-mata.


Wartawan tegasnya memainkan peranan sebagai penapis dan penyaring bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih.


"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas dedikasi, keberanian dan komitmen demi amanah kepada masyarakat dan negara," katanya di Facebook bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional.


Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang diraikan setiap tahun pada 29 Mei bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan pengamal media di negara ini.


Majlis Kemuncak Sambutan Hawana 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan dijadualkan dirasmikan Anwar.


Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan pengamal media khususnya wartawan mempunyai peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat.

Pengamal media jelasnya sentiasa komited dan bekerja keras tanpa mengenal penat lelah untuk menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.


"Terima kasih seluhurnya atas perjuangan mengangkat suara rakyat dengan penuh ketelusan dan intergriti," katanya di media sosial.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page