top of page

PM harap pengalaman Dr Maimunah angkat martabat ibu negara



Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dilantik sebagai sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat hari ini bagi menggantikan Datuk Kamarulzaman Mat Salleh yang bersara wajib.


Pelantikan bekas Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan selaras dengan Subseksyen 4 (2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Mempunyai pengalaman luas, Maimunah, 63, merupakan individu bertanggungjawab mengembalikan kedudukan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) sebagai peneraju pemikiran dalam perbandaran mampan dengan pengalaman 39 tahun dalam perancangan bandar, penjanaan semula bandar dan pembangunan yang diterajui komuniti.


Beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Setiausaha Agung mengenai Bandar Masa Depan dan Pengerusi Bersama Gabungan 2030 Kerajaan tempatan.


Bekas Pengarah Eksekutif UN-Habitat yang berpusat di Nairobi, Kenya selama enam tahun itu kini dilantik sebagai penasihat kepada Majlis Antarabangsa Inisiatif Alam Sekitar Tempatan (ICLEI).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penyerahan surat pelantikan kepada Maimunah di pejabatnya di Putrajaya pada Rabu menyatakan harapan agar pengalaman hampir empat dekad Dr Maimunah dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti dapat memperbaiki kehidupan warga Kuala Lumpur.


Beliau yang menjadi wanita pertama menjawat jawatan tersebut juga diharap mengangkat imej dan martabat Kuala Lumpur ke peringkat lebih tinggi


"Semoga pengalaman hebat yang dimiliki ini akan digunakan untuk memperbaiki taraf kehidupan warga Kuala Lumpur serta mengangkat imej, reputasi dan martabat bandaraya ini ke peringkat lebih tinggi, Insya-Allah," kata Perdana Menteri

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page