top of page

PM harap penerima STR manfaatkan Skim Perubatan Madani

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 19, 2023
1 min read


Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diharap dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim itu bermatlamat untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 dan boleh didapati secara percuma di klinik perubatan swasta berdaftar di 10 daerah sejak program rintis itu dilancarkan pada 15 Jun lalu.


"Saya amat berharap skim ini dapat memanfaatkan golongan sasar sebagai usaha dan upaya kerajaan mewujudkan akses yang adil kepada khidmat kesihatan yang berkualiti.


"Saya mohon teman-teman untuk sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang memerlukan," katanya dalam catatan di Facebook.


Anwar mengumumkan skim kesihatan itu semasa pembentangan Bajet 2023 sebagai inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.


Ia juga bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran.


Melalui skim tersebut, setiap isu rumah berkeluarga akan menerima peruntukan kesihatan sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.


Ia dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page