top of page

PM harap KEB 2024 jadi pencetus pembangunan ekonomi Bumiputera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 1, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan agar Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 menjadi pencetus anjakan memperkasa dan mereformasi agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.


Harapan itu dinyatakan Anwar yang juga Menteri Kewangan melalui satu hantaran di laman Facebooknya.


"Mengharapkan wacana yang kritis sepanjang kongres berlangsung sehingga Sabtu ini dan mampu mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu untuk mencetus anjakan terhadap usaha memperkasa dan mereformasi agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.


"Saya kagum melihat usaha para usahawan yang ternyata gigih dan kreatif dalam membangunkan produk masing-masing," katanya.


Petang semalam Anwar sempat meluangkan masa meninjau perjalanan KEB 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Ketibaan beliau kira-kira jam 4 petang dan disambut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Anwar kemudian dibawa ke Dewan Plenary sebelum mengikuti hampir 15 minit sesi Diskusi MADANI 1 bertajuk 'Aspirasi Perpaduan Memperkukuhkan Agenda Bumiputera' selain melawat reruai yang disediakan selain beramah mesra dengan usahawan Bumiputera.


KEB 2024, yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), diadakan bagi menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page