top of page

PM hadiri sidang kemuncak tergempar OIC di Riyadh



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Riyadh, Arab Saudi hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan.


Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, sidang kemuncak itu dihoskan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman Al Saud dan akan dihadiri oleh pemimpin dan wakil negara anggota OIC.

Antara agenda yang akan dibincangkan pada sidang kemuncak adalah serangan, kekejaman dan ketidakperikemanusiaan rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.


Satu Dokumen Hasil (Final Communique) berhubung isu Palestin dijangka akan dimuktamadkan semasa sidang kemuncak.

"Sidang Kemuncak ini akan didahului dengan dua mesyuarat persediaan iaitu Mesyuarat Persediaan Peringkat Menteri pada 10 November 2023 dan Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Kanan OIC pada 9 November," kata Kementerian Luar.


Perdana Menteri, pada sidang kemuncak itu dijangka akan menyatakan pendirian tegas Malaysia mengenai usaha segera untuk menamatkan tindakan pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dengan krisis kemanusiaan masih berlarutan.


Turut akan dinyatakan adalah keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin.


Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page