top of page

PM hadiri Perhimpunan Agung Umno jadi tumpuan

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jun 9, 2023
1 min read


Setelah 25 tahun tidak menjejakkan kaki ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi tumpuan apabila menghadiri perasmian PAU di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.


Kehadiran beliau pagi ini disambut oleh perwakilan UMNO yang turut memberi kata kata semangat kepada presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Kali terakhir Anwar menghadiri PAU adalah pada 1998 ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat oleh Presiden Tun Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 dan melahirkan gelombang reformasi selama 2 dekad di seluruh negara.




Turut kelihatan dalam PAU pagi ini adalah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Foke; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Seri Salahuddin Ayub; juga penampilan pertama kali Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sejak beliau dipecat daripada UMNO pada 2016.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page