top of page

PM hadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 21, 2024
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi hadir di Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.


Menurut catatan di Facebook beliau, majlis itu diadakan bagi meraikan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 17.


"Bersama Azizah malam tadi dalam Majlis Santapan Diraja di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17," kata Anwar.


Majlis Santapan Diraja berlangsung di Dewan Santapan Utama Istana Negara dengan dihadiri 650 tetamu jemputan dari dalam dan luar negara.


Menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sejumlah tetamu kehormat diundang ke majlis santapan tersebut.


Antaranya, berangkat sama adalah Sultan Brunei KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.


Turut berangkat Raja Bahrain, Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al Khalifa dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta wakil-wakil Baginda.


Juga pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor bersama kerabat diraja yang lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page