PM hadiri Dialog Shangri-La ke-22, bincang keselamatan serantau
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22, sebuah platform penting dalam membincangkan isu keselamatan serantau dan global.
"Sepanjang lawatan ini saya turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat saya, Lawrence Wong, serta menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
"Semoga lawatan ini membawa manfaat dan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya dalam muat naik di Facebook.
Terdahulu, Anwar berkata beliau menghadiri dialog itu atas jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri Singpaura, Lawrence Wong yang mahu beliau hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.