top of page

PM hadiri upacara keberangkatan Agong menunaikan ibadah haji



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Upacara Keberangkatan KDYMM Yang Di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.


PM mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong selamat pergi dan kembali serta beroleh haji yang mabrur.


"Awal pagi tadi saya hadir ke Istana Negara bagi menghadiri Upacara Keberangkatan Yang Di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ke Tanah Suci diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi menunaikan ibadah haji bermula hari ini hingga 2 Julai depan.


"Mendoakan semoga Tuanku sekalian memperoleh ibadah haji yang mabrur dan diberi kesihatan yang baik serta dilancarkan segala urusan ibadah haji di Tanah Suci Mekah," katanya dalam catatan di Facebook.


Doa dibacakan mengiringi keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke Tanah Suci Mekah

Selain PM, sebagaimana dilapor Buletin TV3, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga mengiringi keberangkatan baginda.


Upacara keberangkatan itu dilengkapkan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Luqman Abdullah dan laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam, Bahagian Agama Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.


Turut hadir Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page