top of page

PM hadir Majlis Iftar Madani di Dataran Putra



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan cuti Nuzul Al Quran untuk bersama rakyat dalam Majlis Iftar Madani di Dataran Putra, Masjid Putra, Putrajaya, semalam.


Majlis berkenaan yang dianjurkan secara bersama oleh JAKIM, Perbadanan Putrajaya serta agensi agama turut meraikan 180 orang asnaf daripada Wilayah Persekutuan.


"Saya zahirkan penghargaan kepada segenap masyarakat yang turut hadir dalam majlis yang julung kali diadakan di Dataran Putrajaya pada Ramadan Al-Mubarak kali ini.


"Ayuh bersama pertingkat amal dengan menyemangati Nuzul Quran serta madrasah Ramadan dengan menjelmakan islah sedaya mungkin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara," katanya dalam catatan di Facebook.


Turut hadir pada majlis itu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta ketua-ketua agensi kerajaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page