top of page

PM Guru terima anugerah kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr di Kerala

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
41 minutes ago
1 min read
DS Anwar menerima ‘daripada Mufti Agung India Sheikh Abubakr Ahmad (dua dari kanan) pada majlis ‘Gathering of Honour Prime Minister Malaysia’ serta majlis ilmu di Markazu Saquafathi Sunniya.
DS Anwar menerima ‘daripada Mufti Agung India Sheikh Abubakr Ahmad (dua dari kanan) pada majlis ‘Gathering of Honour Prime Minister Malaysia’ serta majlis ilmu di Markazu Saquafathi Sunniya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Guru menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abubakr dalam satu majlis yang berlangsung di Markaz Saquafathi Sunniya, Kerala.


Anugerah tersebut disampaikan ketika Perdana Menteri bersama delegasi Malaysia diraikan dalam Majlis Zikir dan Doa yang menghimpunkan para ulama kehormat dari Kerala serta kira-kira 2,000 penuntut ilmu di bawah pimpinan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad.


Datuk Seri Anwar menerima pengiktirafan itu dengan penuh rendah hati dan mendedikasikannya kepada para ulama, pendakwah, ilmuwan serta pencinta ilmu yang terus mencurahkan bakti dalam menyebarkan dakwah dan mengangkat martabat umat.


Menurut beliau, Malaysia akan terus mendukung usaha keilmuan bersama para ulama, termasuk penganjuran majlis khatam dan pengajian kitab-kitab hadis.


Usaha berkenaan diharap dapat terus memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Kerala, selain menyuburkan tradisi ilmu serta melahirkan masyarakat yang teguh iman, luas ilmu dan luhur akhlaknya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page