top of page

PM gesa tolak Islamofobia, kebencian agama



Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Peringatan itu disampaikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sempena memperingati “Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia” yang disambut semalam.


Bagi mencapai tujuan itu, beliau mewakili Malaysia menyatakan kebersediaan untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif.


"Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia pada 15 Mac.


"Ini bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia," katanya.


Dalam hantaran itu juga beliau mengingatkan agar rakyat di negara ini mengamalkan sikap kesederhanaan sekaligus menolak ideologi ekstremis.


Untuk rekod, Perdana Menteri pada Dis lalu pernah membuat seruan sama.


Katanya, usaha membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah sebaliknya setiap rakyat mesti memainkan peranan yang ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan serta semangat bersatu padu.


Sebarang mesej atau seruan berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbedaan juga harus dibenam dengan sikap kasih sayang serta rahmah.


"Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajiban setiap kita untuk mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan silaturahmi antara rakyat dengan mengucapkan kata-kata yang indah buat mereka," tegas Presiden KEADILAN itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page