top of page

PM gesa terapkan nilai seni Melayu-Islam dalam corak batik



Pengusaha batik tempatan diseru menerapkan nilai serta keindahan seni Melayu dan Islam dalam corak batik yang dihasilkan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak menafikan keindahan, corak dan citarasa berbeza yang ditampilkan dalam rekaan batik tempatan ketika ini berkata, kekuatan dan keindahan seni Melayu Islam tempatan dan di rantau ini boleh dikembangkan dalam rekaan corak-corak baharu.


"Saya anjurkan supaya pengusaha batik tempatan faham tentang nilai, keindahan seni Melayu dan Islam di rantau ini.


"Corak-corak itu boleh dibuat dan dikembangkan berdasarkan keaslian dan diindahkan mengikut citarasa semasa (Melayu dan Islam tempatan)," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia di Putrajaya pada Khamis.


Beliau sementara itu mahu usaha mempromosi barangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan tempatan dipertingkatkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

"Esok petang, saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN diundang Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakai sut atau pakaian rasmi. Tapi saya bagi nota balas dan cakap (maklum), saya nak pakai baju batik Malaysia.


"Sebabnya apa…saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barangan buatan Malaysia. Saya rasa bangga (pakai) dan akan beritahu bahawa ini batik Malaysia di mana mutu dan rekaannya baik," katanya dipetik.


Beliau sementara itu turut menyeru barisan Jemaah Menteri untuk menunjukkan kesungguhan dalam mempromosi serta menyokong barangan Malaysia.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page