top of page

PM gesa pemimpin dunia hentikan kekejaman rejim Israel

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pemimpin dunia, khususnya Presiden Amerika Syarikat, agar bertindak segera menghentikan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.


Tegasnya, penderitaan rakyat Palestin — termasuk kanak-kanak dan bayi yang terbunuh atau mati kelaparan merupakan pelanggaran terhadap nilai moral paling asas dan ujian besar terhadap nilai kemanusiaan sejagat.

"Ini bukan sekadar konflik, tetapi pelanggaran terhadap maruah manusia. Penghinaan ini mesti dihentikan segera.


"Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mesti guna pengaruhnya untuk mendesak, hentikan pengeboman sewenang-wenangnya dan pastikan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa sekatan," tegas Anwar dalam ucapan video pada Selasa.


Sementara itu tambah Anwar, saat ini adalah masa untuk kepimpinan moral tampil ke hadapan dan membuktikan komitmen terhadap nilai-nilai yang selama ini dilaungkan oleh masyarakat antarabangsa.


Justeru semua negara yang menghormati undang-undang antarabangsa serta menjunjung tinggi nilai kemanusiaan digesa bersatu menyuarakan pendirian tegas menentang jenayah dilakukan rejim Israel.


"Setiap kerajaan yang mempercayai undang-undang antarabangsa, setiap negara yang menghargai nilai kehidupan manusia, mesti bersuara dalam satu nada.


"Malaysia bersedia bekerjasama dengan semua negara bagi meringankan penderitaan di Gaza dan mengembalikan prinsip asas kemanusiaan. Janganlah kita dikenang sebagai mereka yang hanya berdiam diri.


"Biarlah suara hati nurani memandu kita untuk menjawab penderitaan dengan belas kasihan serta berusaha membawa damai demi kemanusiaan," tegas Anwar.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page