top of page

PM gesa OIC tuntut gencatan senjata segera



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut pelaksanaan gencatan senjata serta-merta bagi menghentikan pembantaian rejim Israel terhadap penduduk Gaza.


Bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz di Riyadh pada Sabtu, Anwar turut mendesak supaya bantuan kemanusian kepada penduduk wilayah itu disegerakan.


Tegasnya, umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel itu.


"Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala, serantau mahupun antarabangsa.


"Marilah kita secara konsisten dan tegas mendesak perkara itu dalam satu kempen diplomatik yang bersepadu untuk memulakan pelaksanaan gencatan senjata dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," katanya.


Setakat ini, lebih 11,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh akibat serangan udara tanpa henti serta operasi darat yang kejam lebih sebulan oleh rejim Israel di bumi Gaza.


Beribu-ribu lagi masih tidak dapat dikesan dan dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang telah musnah.


Sejak 7 Okt lepas, Israel dilapor menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza yang bersamaan dengan dua butir bom nuklear.


Sementara itu, Anwar dalam ucapan di persidangan itu turut mahu semua pihak yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk melakukan jenayah perang disiasat dan diheret ke mahkamah menerusi institusi antarabangsa.


Malaysia, kata Anwar, mengiktiraf negara Palestin yang merdeka serta Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page