top of page

PM gesa negara Islam terus tekan Israel



Malaysia mengajak pemimpin-pemimpin negara Islam memberi tekanan kepada Israel agar segera menghentikan tindakan zalim terhadap penduduk Palestin.

Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat sambil menegaskan Malaysia akan terus menggunakan semua platform termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menekan Israel.


"Saya telah menghubungi beberapa pemimpin Islam untuk menyatakan kita sedia menyokong sama ada menerusi OIC atau juga rencana lain bagi memberi tekanan agar kegilaan dan kezaliman ini dihentikan.

"Dengan ini, saya memutuskan tambahan permulaan dana daripada kerajaan sebanyak RM10 juta dan saya mahu pastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta," katanya dipetik ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani semalam.


Beliau sementara itu menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sidang dewan yang menzahirkan rasa mual ke atas tindakan Israel ke atas Gaza.

Anwar pada Selasa ketika mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan bahawa rakyat Malaysia akan terus dan tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin.


Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung perkembangan semasa konflik antara Palestin dan Israel yang semakin memuncak ketika ini.


Kementerian Kesihatan Palestin setakat Khamis mengumumkan, sebanyak 1,537 rakyat Palestin terkorban di Gaza akibat peperangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page