top of page

PM gesa kementerian agresif jayakan inisiatif ekonomi dirancang



Perdana Menteri memaklumkan Mesyuarat Khas Perdana bersama Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang kerajaan dapat dipercepatkan.


Tambahnya mesyuarat tersebut turut membincangkan hala tuju baharu (2023-2025) yang perlu dibentangkan dalam KSP RMK-12 bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia Madani.


"KSP RMK-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni," katanya


Mengulas lanjut mengenai KSP RMK12, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kajian itu nanti perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan daripada perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa.


"(Oleh itu) input-input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMK12 ini.


"Sehubungan itu, semua kementerian perlu lebih serius serta bertindak dengan lebih proaktif, agresif dan berani bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan dasar, terutamanya berkaitan rakyat mengikut lunas perundangan sedia ada," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page